Bicara Agama

A collection of articles discussing Islam, and religious belief and practice

Thursday, August 03, 2006

Al-Bitruji perkenalkan Teori Gerak Spiral

NURDIN Abu Ishaq al-Bitruji amat dikenali dalam kalangan penulis Eropah pada abad pertengahan sebagai Alpetragius. Al-Bitruji adalah seorang astronomi Arab Sepanyol yang merupakan pengikut sekali gus sahabat karib kepada Abu Bakar Muhammad bin Abdul Malik Ibnu Thufayl al-Qaysi iaitu seorang doktor dan ahli matematik.
Teori astronominya merupakan sumber-sumber yang boleh ditemui dalam Aristotlelianisme yang dipraktikkan oleh gurunya, Ibnu Bajjah serta Jabir Bin Aflah yang memperkenalkan kembali gagasan-gagasan besar, hasil formulasi Simplicius (abad ke-6H).
Beliau menyangkut pandangan bahawa sfera-sfera langit berputar di sekeliling sumbu-sumbu yang berbeza sehingga menghasilkan pergerakan berbentuk bujur. Teori ini disebut Teori Gerak Spiral.
Karya-karya yang didasarkan pada prinsip seperti itu disusun dalam Kitab fi al-Haya yang diterjemahkan oleh Michael de Scot. Sebuah edisi kritik terhadap terjemahan ini juga telah diterbitkan oleh F.J. Carmody pada 657H/1259M. M. Moshe (Musa) Ibnu Tibbon menterjemahkan pula karya tersebut daripada bahasa Arab ke bahasa Yahudi.
Pada 934H/1528M, Kalonymos ben David menterjemahkannya daripada bahasa Yahudi ke bahasa Latin yang dicetak di Venice pada 1531M. Pada abad ke-13M, Raja Alfonso X menyusun sebuah jadual astronomi yang keseluruhan isinya disusun berdasarkan pengetahuan astronomi-astronomi Islam. Yang mengalami perubahan hanyalah garis bujur bumi (bujur biasanya ditandai dengan huruf Yunani iaitu lambda yang digunakan untuk menentukan tempat-tempat kedudukan di atas bumi (yang diukur dengan satuan darjah dan minit) kerana yang dijadikan sebagai meridian adalah kota Toledo.
Meridian adalah satu per dua lingkaran besar yang menghubungkan Kutub Utara dan Kutub Selatan bumi. Jarak di antara dua meridian yang melalui dua buah tempat menunjukkan perbezaan bujur di antara kedua-dua tempat itu. Meridian yang digunakan untuk mengukur bujur tempat-tempat di seluruh dunia biasanya adalah meridian yang melalui kota Greenwich (berhampiran kota London).
Karya-karya al-Bitruji banyak dikumpul oleh F.J. Caramody dalam sebuah buku bertajuk Al-Bitruji, De Motihus Coelorum (Berkeley, 1952M).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home