Bicara Agama

A collection of articles discussing Islam, and religious belief and practice

Thursday, August 10, 2006

Abi Mahasin doktor pakar mata ternama

ABI Mahasin dikenali sebagai doktor pakar yang berasal dari Aleppo. Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Ibnu Abi Ushaybi’ah yang merupakan penulis bibliografi dan ahli perubatan Islam. Nama penuhnya ialah Khalifa Abi al-Mahasin al-Halabi. Beliau mula menulis karya-karya berkaitan dengan perubatan antara tahun 654H/1256M dan 674H/1275M.

Buku, Al-Kafi fi al-Kuhl (fi ath-Thibb) merupakan salah satu karya dalam bidang optomologi iaitu perubatan mata. Di dalamnya mengandungi sketsa ringkas mengenai sejarah optomologi Arab yang turut menghuraikan beberapa masalah antara lain ialah anatomi dan fisiologi serta kesihatan mata lengkap dengan menyebutkan ubat-ubatan yang dapat digunakan untuk menyembuh penyakit-penyakit tersebut.

Di samping itu, ia memberi gambaran tentang operasi-operasi pembedahan yang dapat dilakukan. Misalnya, untuk penyakit mata bular (katarak). Dalam buku tersebut, pada beberapa bahagian disajikan pula gambar-gambar sinopsis dan ilustrasi-ilustrasi yang menunjang isi buku sehingga karya itu dianggap sebagai sebuah karya ilmiah yang bernilai tinggi.

Tidak diketahui sejauh mana pengaruh pemikiran dan buku-buku yang ditulis oleh Abi Mahasin terhadap perkembangan optomologi dari Iraq, Baghdad yang mendasarkan karyanya kepada rujukan optolmologi Yunani. Karangannya boleh dikatakan menjadi buku teks terbaik di pelbagai sekolah kedoktoran di Eropah sehingga penghujung tahun 1900M. Hal ini berlaku di sekolah-sekolah kedoktoran di Perancis.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home