Bicara Agama

A collection of articles discussing Islam, and religious belief and practice

Sunday, August 13, 2006

Pengamal riba dilaknat, dapat hukuman berat

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya." (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud).


l Mencari rezeki adalah sebahagian daripada ibadah. Begitu juga sebaliknya. Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi.

2 Antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.

3 Riba dari segi istilah bermaksud �az ziadah� (tambahan) iaitu tambahan di atas modal sama ada sedikit atau pun banyak (beban bunga) di mana ia adalah termasuk satu daripada dosa besar. Riba ia adalah pemerasan orang kaya terhadap orang miskin yang membuatkan orang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah melarat.

4 Pemakan riba akan mendapat hukuman yang berat seperti firman Allah bermaksud: �Orang memakan riba atau mengambilnya, dia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal)�. (Surah al-Baqarah, ayat 275)

Dalam surah dan ayat yang sama juga selanjutnya Allah berfirman bahawa orang yang mengulangi memakan riba selepas dia mengetahui hukumnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.

5 Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW ditunjukkan bagaimana seorang yang berenang dalam sungai darah. Setiap kali orang berkenaan menghampiri tebing, dia dilontar dengan batu. Penjelasan yang diberikan oleh malaikat ialah orang ini ketika di dunia adalah pemakan riba.

6 Sistem riba adalah yang buruk dari segi ekonomi. Oleh itu, untuk menghindari daripada kemungkinan terbabit ke dalam riba yang dilarang oleh Islam (walaupun batas yang dianggap riba masih diperselisihkan di kalangan ulama) jalan yang paling selamat adalah melakukan muamalah berdasarkan ajaran lslam sama ada secara mudharabah, musyarakah, murabahah atau wadi'ah.

7 Riba lawannya sedekah kerana ia adalah kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan imbalan dan balasan. Sebaliknya riba, menuntut kembali wang yang dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada penat jerih orang yang meminjamnya.

Petikan e-hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home